Sunday, June 14, 2009

Rumah Pam

Titipan dari pengalaman kami membina rumah pam.



Kacang Panjang



Selain dari jagung manis, kami juga ada menanam kacang panjang sebagai tanaman sampingan. Kami menggunakan silvershine bagi mengelakkan pertumbuhan rumput.
Minggu lepas, aktiviti roto tanah terpaksa kami hentikan seketika disebabkan roto traktor rosak. Dua kali ke Bahau mencari spare part. Perjalanan dari Kuala Pilah ke Bahau mengambil masa lebih sejam juga. Sehari dua ini, kami sibuk roto tanah untuk tanaman kacang panjang pula...

Monday, April 13, 2009

Akan keluar CD/DVD Video

















DVD/CD Video Teknik Penanaman
akan keluar tidak lama lagi.
Lengkap dengan maklumat terkini dalam bentuk video dan teks.

Merangkumi :
1) Pengenalan Syarikat
2) Teknik Penanaman
3) Langkah-Langkah
4) Jenis-Jenis Jagung
5) Peralatan yang diperlukan
6) Kertas Kerja Projek lengkap dgn pengiraan
7) Tunjuk Ajar secara video
8) Dan maklumat tambahan

Dapatkan segera, untuk dimiliki dengan menghadiri kursus.


Anda mampu untuk memilikinya dengan harga yang amat berpatutan.

Untuk keterangan lanjut hubungi kami:
azhari : 019 238 6594 / 0164427601

"gerakkan diri anda"

Kursus Untuk Penanaman Jagung Manis Berplot

Syarikat kami amat berbesar hati untuk menyediakan satu ruang atau sesi untuk mengajar dan berkongsi teknik-teknik penanaman jagung manis secara berplot ini. Kaedah yang kami jalankan amat mudah dan ia memerlukan penjagaan yang rapi semasa proses pembesaran benih hingga mengeluarkan hasil tanaman. Proses ini bergerak sekurang-kurangnya selama 60hari sekiranya tiada sebarang gangguan dari segi cuaca yang tidak menentu.
Selain itu, bukan sahaja teknik ini sahaja malahan cara penyemaian benih dan baja juga amat memainkan peranan penting dalam proses tersebut. Bagi mendapatkan rasa sebenar jagung manis dan melihat hasil yang lebih bermutu, penjagaaan dan penggunaan benih serta baja yang sesuai amat penting. Ini kerana, ketidaksamaan jenis tanah yang kita miliki akan membuatkan hasil tanaman kurang memberikan rasa.
Teknik ini tidak meletakkan s
atu tahap keluasan tanah, tidak kira sekiranya tanah hanya berkeluasan 1 ekar, teknik ini mampu untuk dijalankan dengan baik sekali. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi kami.







tegapusaha@gmail.
com
Azhari : 019 2386594 / 016 4427601
Kayrie : 019 257 4167

Jagung Manis: Dari Anak benih menjadi anak pucuk



Antara sistem yang digunakan




Anak pokok dalam tempoh 28 hari





Proses Penanaman Peringkat 1





hubungi : Azhari 019 238 6594 @ kayrie 019 257 4167

Projek 30 Ekar





Projek : Tanaman Jagung Manis Berplot
Tanah :
30 Ekar kaki persegi
Lokasi : Kampung Jumbang,Sri Menanti
Dipantau :
Azhari Ariffin

Proses Tuai Hasil





Dragon Fruit





Pembersihan dan Penyediaan Tapak Pertanian





Company Profile

Salam Sejahtera,

Buat pertama kalinya, kami dari syarikat Tegap Usaha Resources mengucapkan ribuan terima kasih dan berbangga kerana tuan/puan melayari blog kami. Untuk permulaan ini, kami akan menjelaskan latar belakang syarikat kami.

Syarikat ini telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu, dan telah diusahakan oleh Saudara Azhari Ariffin. Syarikat ini menjalankan perniagaan dalam sektor pertanian, mengkhususkan didalam sektor penanaman jagung manis. Projek jagung manis ini telah dilaksanakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan telah memulakan dengan tanah seluas 40 ekar.

Selepas setahun, syarikat ini telah mendapat satu teknik baru iaitu teknik penananaman secara berplot, teknik ini merupakan teknik penanaman secara beperingkat. Secara amnya teknik ini telah dijalankan di sebuah tanah baru di kawasan Kg. Jumbang, Sri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dengan bermodalkan RM120K dan tanah seluas 30ekar dengan tenaga pekerja seramai 5 orang. Jagung yang dihasilkan jagung dari gred A dan gred B.

Dengan keluasan tanah ini, syarikat telah mengusahakan teknik penanaman secara berplot dengan lebih teperinci dan tersusun serta kawalan baja yang dibuat sendiri. Dengan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan, tanaman telah menunjukkan hasil yang lebih berkualiti dan bermutu.