Monday, April 13, 2009

Company Profile

Salam Sejahtera,

Buat pertama kalinya, kami dari syarikat Tegap Usaha Resources mengucapkan ribuan terima kasih dan berbangga kerana tuan/puan melayari blog kami. Untuk permulaan ini, kami akan menjelaskan latar belakang syarikat kami.

Syarikat ini telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu, dan telah diusahakan oleh Saudara Azhari Ariffin. Syarikat ini menjalankan perniagaan dalam sektor pertanian, mengkhususkan didalam sektor penanaman jagung manis. Projek jagung manis ini telah dilaksanakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan telah memulakan dengan tanah seluas 40 ekar.

Selepas setahun, syarikat ini telah mendapat satu teknik baru iaitu teknik penananaman secara berplot, teknik ini merupakan teknik penanaman secara beperingkat. Secara amnya teknik ini telah dijalankan di sebuah tanah baru di kawasan Kg. Jumbang, Sri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dengan bermodalkan RM120K dan tanah seluas 30ekar dengan tenaga pekerja seramai 5 orang. Jagung yang dihasilkan jagung dari gred A dan gred B.

Dengan keluasan tanah ini, syarikat telah mengusahakan teknik penanaman secara berplot dengan lebih teperinci dan tersusun serta kawalan baja yang dibuat sendiri. Dengan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan, tanaman telah menunjukkan hasil yang lebih berkualiti dan bermutu.

No comments: